Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. KepadaNya kita berserah dan bertawakkal agar segala perancangan kita di dunia yang fana ini dilimpahi rahmat dan hidayahNya.
Pembangunan modal insan sesebuah negara seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan pembangunan pendidikan yang dirancang secara sistematik dan holistik. Dalam merancang pembangunan pendidikan kita sebagai pendidik seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi akan tanggungjawab terhadap impak yang terhasil daripada kemenjadian modal insan iaitu anak didik kita. Ini kerana perancangan hari ini akan menghasilkan kemenjadian mereka pada masa akan datang.
Saya berharap semua perancangan pembangunan pendidikan yang sama-sama kita rancang akan dapat dilaksanakan dengan baik berpandukan kepada visi dan misi sekolah serta berpegang kepada ikrar kita dengan penuh tekad dan penuh iltizam bagi menjayakan "Piagam Pelanggan Sekolah"".
Berpegang kepada moto sekolah "BERILMU, BERKUALITI, BERKARISMA" saya yakin seluruh warga sekolah akan dapat melaksanakan segala yang dirancang dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan penuh bertanggungjawab demi keutuhan pendidikan anak didik kita.
Akhir kata, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengarah Pelajaran Johor, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat dan siapa jua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membimbing saya dan warga sekolah ini.
Sama-samalah kita berdoa semoga apa yang kita rancang sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T. InsyaAllah...
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment